Selamat Tahun Baru 2012!!



Tahun 2011 telah berakhir dan banyak perkara manis berlaku sepanjang tahun lepas. Paling manis apabila pasukan Kelantan berjaya menjuarai Kejohanan 4th DATCC Team Event 2011.

Tahun 2012 pastinya akan memberi cabaran baru dan semangat baru kepada PCNK. Selain berazam untuk mengekalkan prestasi yang sedia ada, PCNK juga berharap pemain-pemain dapat meningkatkan prestasi untuk   memberi cabaran hebat dalam kejohanan-kejohanan yang akan disertai, begitu juga barisan pengurusan PCNK berharap dapat memberi peningkatan dalam penganjuran dan pentadbiran dalaman.
Hasil usaha bersama PCNK dan pemain-pemain, beberapa pemain FIDE Rated dari Kelantan berjaya dilahirkan di dalam senarai terkini FIDE Rating Januari 2012. Ini berdasarkan penglibatan pemain di dalam 1st Kelantan FIDE Rated dan Asian Amateur 2011 baru-baru ini.
Pemain Kelantan di dalam Top 100 pemain aktif di Malaysia
2. Md Nor Azahari – 2120
3. Mohd Irman Ibrahim – 2104
4. Abdul Haq Mohamed – 2100
5. Nik Ahmad Farouqi – 2069
9. Syed Azizi Abd Rahman – 1876

Senarai pemain Kelantan FIDE Rated yang aktif

Baharuddin Hamzah – 1862
Wan Mahadzir Wan Sulaiman – 1848
Marzuki Yaacob – 1842
Nik Mohd Nazri Nik Hassan – 1835
Mohd Amin Mohd Noor – 1835
Mohamad Ezmi Mahmood – 1805
Muhd Ariez Azman – 1750
Norazlin Juarih – 1521

Pemain tidak aktif FIDE Rated Kelantan

Ahmad Maliki – 2254
Mohd Musa Al-Ashaari – 2005
Mohd Bukhari Yahya – 1837
Izuddin Ahayat – 1742

————————————————————————————————————————————


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *