SELAMAT PENGANTIN BARU – Abdullah Che Hassan!



PCNK ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abdullah Che Hassan dan pasangan beliau Jamiela yang selamat diijabkabul pada 20/11/2011.

Abdullah Che Hassan merupakan pemain catur yang bermain dalam pasukan Kelantan bagi pertandingan 4th DATCC Team Event 2011 dan mempunyai rating FIDE 2045. Beliau pernah menjadi Juara Malay Master dan pernah berpeluang bermain dengan Juara Dunia GM Gary Kasparov pada tahun 2000. Permainan antara Abdullah dan GM Kasparov boleh dilihat di blog Chess Odyssey kepunyaan Ilhamuddin, pemain catur dari Terengganu.

Semoga pasangan Abdullah Che Hassan dan Jamiela akan bahagia ke anak cucu! Tahniah PCNK ucapkan!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *