Rating Kebangsaan Januari 2011



Rating Kebangsaan yang terbaru telah dikeluarkan dan terima kasih kepada IA Lim Tse Pin atas usaha beliau yang memastikan setiap kejohanan yang menawarkan rating kebangsaan dikemaskini dengan baik.

Agak sukar untuk memeriksa siapakah pemain dari negeri Kelantan yang mempunyai rating kebangsaan memandangkan terdapat seramai 8500 pemain dan tidak disenaraikan mereka dibawah negeri yang mana satu. PCNK berharap kelemahan ini dapat diperbaiki dari masa ke semasa untuk memudahkan persatuan-persatuan catur negeri tidak terlepas pandang pemain yang berasal dari negeri mereka.

Senarai pemain dari Kelantan boleh dilihat di halaman Rating FIDE dan Nasional dan untuk senarai penuh Rating Kebangsaan boleh dirujuk di SINI

Di dalam senarai terbaru ini, Mohd Musa yang baru-baru ini mendapat seri dengan GM Amir Bagheri dari Iran memasuki senarai buat pertama kalinya menjadikan 6 pemain dari Kelantan yang menduduki 100 senarai aktif terbaik Malaysia.

Jangan lupa untuk memperbaiki atau mendapatkan rating kebangsaan pada Kejohanan Tertutup Catur Kelantan pada 4 dan 5 Februari 2011 ini.



2 Responses to Rating Kebangsaan Januari 2011

  1. n@jd0rf says:

    kawe dah review rating pemain kelantan semalam.. tapi kawe tak pasti Mohd Musa dan adik beradik dia orang kelantan… kawe dah tanya demo tak jawab…

  2. n@jd0rf says:

    dan senarai rating pemain kelantan memang ada kat sebelah tepi kanan blog kawe… boleh tgk di situ…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *