PCNK terima sumbangan set catur!



PCNK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang menyumbangkan sebanyak 13 set catur untuk kegunaan kami. Dengan adanya set catur ini, kami merancang untuk membuat aktiviti seperti latihan dan pertandingan hujung minggu dengan maksima 26 pemain. Sekiranya terdapat lebih dari 26 pemain, terpaksalah membawa set catur sendiri atau pinjam dari kelab-kelab yang lain.

Walaupun 13 set catur belum cukup daripada sasaran kami untuk memiliki sebanyak 50 – 100 set untuk menampung sesuatu kejohanan besar, permulaan untuk menerima sumbangan ini amatlah dialu-alukan. sekiranya kami mempunyai dana yang mencukupi, kami merancang untuk membeli jam catur digital untuk melengkapkan dengan set catur yang kami ada. Mereka yang berminat untuk menaja jam catur digital juga amat dialu-alukan.

Bagi peminat catur di Kelantan, boleh hubungi kami untuk bekerjasama menganjurkan pertandingan di tempat anda!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *