PCNK mengharapkan sumbangan dari anda semua!



Tahun 2011 bermula agak bagus untuk PCNK. Laman blog kami yang dulunya agak suram dan jarang dilawati kini telah pun bertukar wajah. Dengan template yang lebih garang, kombinasi latar belakang berwarna hitam dan tulisan putih, Logo PCNK yang berwarna merah kelihatan timbul di bahagian atas blog. Kunjungan pelawat juga kelihatan agak konsisten dengan 70-80 pelawat setiap hari.

Untuk memenuhi keinginan peminat-peminat catur Malaysia khususnya di Kelantan, kami mengharapkan bantuan dari semua pihak seperti di mukasurat SUMBANGAN.

Pastinya sumbangan yang diberikan dapat membantu kami maju ke hadapan. Bagi yang mampu menyumbangkan dana, ia akan disalurkan ke arah pembangunan catur di Kelantan dengan mengadakan pertandingan catur, bengkel catur dan ke arah pengurusan yang lebih mantap.

Sumbangan berbentuk peralatan juga dapat mengurangkan kos sewaan untuk menjalankan sesuatu pertandingan sekali gus mampu untuk menggalakkan kami mengadakan lebih banyak pertandingan atau mengurangkan yuran pertandingan.

Akhir sekali, sumbangan berbentuk informasi juga diharapkan dari semua untuk kami muatkan maklumat-maklumat penting, atau menarik untuk dikongsi bersama di sini.

Akhir kata dari PCNK, terima kasih atas kunjungan dan selamat menyumbang!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *