NCC dan NWC 2011 pada Mac depan!



Setelah berakhirnya KC2011 dengan jayanya minggu lalu, tumpuan PCNK kali ini adalah menyediakan persiapan bagi pemain yang akan mewakili Kelantan ke National Closed Championship (NCC) dan National Woman Championship (NWC) 2011 pada 16-20 Mac 2011 ini.

Seperti tahun 2010, MCF menyediakan 4 slot percuma bagi kategori lelaki dan perempuan melalui tiket persatuan negeri yang menjadi ahli MCF. PCNK secara rasminya merupakan ahli MCF dan menepati syarat-syarat tersebut.

Tahun ini PCNK akan menghantar wakil untuk bertanding gelaran NM dan NWM berdasarkan keputusan KC2011. PCNK setakat ini bercadang untuk menaja sepenuhnya Juara dan Naib Juara KC2010 iaitu Nik Farouqi dan Syed Azizi ke NCC manakala 2 slot lagi akan dibuka kepada pemenang ke 3 (Mohd Amin) dan ke 4 (Baharuddin Hamzah) tetapi perbelanjaan seperti perjalanan, penginapan dan makan adalah di atas tanggungan sendiri. Sekiranya pemenang tempat ke 3 atau ke 4 tidak bersetuju untuk mewakili Kelantan tahun ini, peluang akan dibuka kepada pemenang ke 5 dan seterusnya atau mana-mana pemain yang difikirkan PCNK bersedia untuk mengibar bendera Kelantan di NCC nanti.

Bagi slot wanita pula, cadangan tajaan penuh adalah kepada Laila Husna Sahadi dan Najihah Mohd Saufi yang merupakan 2 wanita terbaik dan 2 slot lagi dibawah tanggungan sendiri kepada Siti Nur Afiqah dan Fatih Nor Sahariah sebelum dibuka kepada pemain wanita seterusnya sekira jemputan ditolak.

Dikatakan pada NCC kali ini merupakan salah satu platform untuk mewakili negara ke Sukan SEA November ini di Indonesia.

PCNK berharap tempat pertandingan NCC dan NWC ini dapat di umumkan dengan segera bagi memudahkan kami untuk menempah tiket perjalanan dan penginapan awal untuk menjimatkan kos.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *