Mesyuarat Agung PCNK kali ke 4



PENGUMUMAN!

PCNK telah bermesyuarat dan bersetuju mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 4 sempena Kejohanan Catur Tertutup Kelantan pada 28 Januari ini. Mesyuarat kali ini merupakan pemilihan ahli jawatankuasa baru yang akan memegang tampuk pentadbiran PCNK untuk tahun 2017-2019. Sehubungan itu, semua Ahli Aktif PCNK yang berumur 18 tahun dan ke atas dijemput hadir.

Syarat-syarat Pencalonan:

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PCNK Fasal 10, semua Ahli Dewasa yang membayar Yuran Tahunan berhak menghadiri, mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.

Untuk pencalonan, sila muat turun borang pencalonan di sini dan hantar borang sebelum 22 Januari ke email PCNK (catur.kelantan@gmail.com).

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *