Mesyuarat Agong PCNK 2013



Satu mesyuarat agong telah diadakan sempena Kejohanan Catur Terbuka Kelantan 2013. Antara butiran mesyuarat yang perlu diketahui oleh semua ahli adalah mengenai keahlian PCNK seperti dalam perenggan 6.0 berikut:
               
Pendaftaran untuk mendapatkan nombor keahlian sebanyak RM5 seorang akan berakhir penghujung tahun ini. Mulai tahun 2014, mesyuarat menetapkan bahawa yuran tahunan adalah RM30 dan pendaftaran ahli baru adalah RM50.

Mesyuarat juga menetapkan beberapa kelebihan kepada ahli yang aktif, iaitu ahli yang membayar yuran tahunan. Insentif-insentif tersebut adalah:

                1. Kad ahli

                2. Barangan cenderamata daripada PCNK
                3. Diskaun yuran pertandingan anjuran PCNK
                4. Diskaun yuran pertandingan anjuran persatuan-persatuan lain
                5. Diskaun pembelian barangan PCNK seperti buletin, t-shirt dan lain-lain
                6. Satu undi dalam Mesyuarat Agong
Ahli yang tidak aktif hanya akan mendapat informasi tentang pertandingan anjuran PCNK. Namun, mereka juga mempunyai satu undi dalam Mesyuarat Agong.


2 Responses to Mesyuarat Agong PCNK 2013

  1. Eira SYa says:

    Macam mana nak jadi ahli ye. terima kasih 🙂

  2. Cikgu Azizul says:

    salam… sila download borang keahlian dari pautan ‘muat turun’, isi dan hantar kepada setiausaha PCNK di alamat berikut: Lot 816, Kg Tapang, Panji, 15200 Kota Bharu, Kelantan bersama RM5 yuran pendaftaran. Pertanyaan boleh hubungi saya 0196138802

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *