Merry Christmas to those friends who celebrate and Happy New Year!

Bermula tahun 2012, FIDE akan memperkenalkan Rapid dan Blitz Rated. Satu usaha yang bagus kerana Rapid dan Blitz tidak mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan. Rapid boleh diselesaikan dalam masa 1 hari untuk 7 pusingan atau 2 hari sekiranya bermain 9 pusingan. Blitz pula hanya mengambil masa 3 jam sahaja untuk dihabiskan 9 pusingan.

Maka pemain catur masih boleh pergi ke pertandingan blitz di siang hari dan berjalan-jalan atau membuat aktiviti lain petang hari.

Dari segi peminat catur juga akan bertambah kerana mereka ingin melihat aksi di dalam catur. Blitz pastinya akan mempersembahkan pelbagai insiden, perubahan rating yang mendadak, dan peluang pemain rating rendah menang ke atas pemain kuat sekiranya membuat illegal move.

Baru-baru ini juga berlaku insiden di Blitz National Junior di mana pemain claim menang masa sedangkan ketika membuat claim, kedua-dua masa telah menunjukkan waktu 0. Pemain yang claim menang masa mengatakan dia claim semasa tinggal 1 saat. Sebenarnya, walaupun anda claim ketika tinggal 1 saat, tetapi anda tidak menghentikan jam, dan apabila arbiter datang untuk mengesahkan, arbiter akan melihat posisi terakhir iaitu masa kedua-dua pemain telah tamat dan permainan diisytihar SERI. Apa yang perlu anda buat, apabila telah perasan masa pihak lawan telah tamat dan anda masih ada 1 saat, cepat2 berhentikan masa sebagai bukti dan claim menang masa..

Lets the fight begin!!

Semoga sedikit penerangan undang-undang blitz di PCNK akan memberi semangat kepada pemain untuk bermain Blitz rated di tahun 2012 nanti!

Selamat menyambut Tahun Baru!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *