Mari Bermain di Chess Cube



Peminat laman blog Catur Kelate kini boleh bermain secara online di Chesscube melalui laman blog catur Kelate.

Satu bahagian chesscube telah disediakan di sebelah atas. Sila klik chesscube untuk ke laman tersebut.

Mudah saja untuk bermain di sini. Mula-mula sekali anda perlu mendaftar. Pendaftaran adalah mudah iaitu hanya memerlukan nama log in, dan alamat e-mail.

Apabila anda telah mendaftar, anda boleh mula bermain secara online dengan rakan-rakan catur dari seluruh dunia! Di sini juga anda berpeluang untuk bermain dalam pelbagai pertandingan secara online, bermain rated game, dan juga terdapat kedai untuk membeli video-video catur yang dapat membantu anda meningkatkan permainan anda.

Diharap melalui adanya laman online seperti ini, pemain di Kelantan dapat meningkatkan kualiti permainan dan didedahkan kepada sukan catur bertaraf antarabangsa.

Selamat Bermain!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *