Malware di ChessVibes!



Terkejut saya apabila sedang melayari beberapa blog catur di Malaysia ini, tiba-tiba screen merah keluar mengatakan ada malware pada blog tersebut. Ini termasuk juga blog PCNK. Rupa-rupanya malware ini disebabkan pautan ke laman Chessvibes.com yang terkena serangan malware. Kebanyakan blog catur di Malaysia ini menyediakan pautan ke laman Chessvibes seperti www.hairulovchessmaniacs.com dan fireyrook.blogspot.com.

Apabila saya cuba sendiri untuk melawat laman Chessvibes, amaran ini muncul sekali lagi oleh itu saya membuat keputusan untuk memadam pautan ke laman Chessvibes buat sementara waktu sehingga masalah malware ini diselesaikan oleh pihak Chessvibes.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *