Kelantan VS Sabah



VS

Satu perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Sabah telah diadakan sejurus selepas National Close berakhir. Pada mulanya Kelantan membariskan Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood untuk bertemu pemain Sabah iaitu Masrin Erowan dan Al Kamil. Namun Ezmi tidak dapat hadir pada hari terakhir National Closed atas sebab-sebab tertentu.

Perlawanan yang dimainkan 10 minit seorang secara round robin dan setiap pemain bertemu 2 kali dengan bermain hitam dan putih tetap diteruskan oleh Nik Farouqi seorang melawan Masrin dan Al Kamil.

Keputusan bagi perlawanan tersebut :

Nik Farouqi vs Masrin 1-1 (Putih menang bagi kedua-dua perlawanan)
Nik Farouqi vs Al Kamil 2-0

KELANTAN MENANG!!

Perlawanan ini dirancang untuk mengambil peluang bertarung dengan pemain Sabah yang jarang-jarang dapat hadir ke Kuala Lumpur untuk pertandingan catur. Ia juga antara inisiatif PCNK untuk melakukan pelbagai aktiviti antara PCNK dan persatuan dari negeri lain. Tiada hadiah ditawarkan cuma pemain Sabah dijamu makan tengah hari secara percuma kerana menyahut cabaran.

PCNK bercadang untuk mengadakan beberapa lagi perlawanan persahabatan dengan negeri lain seperti Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan lain-lain.

Diharap dalam perlawanan persahabatan akan datang, pemain-pemain utama Kelantan dapat menyertai untuk menguatkan pasukan.

GOMO KELATE GOMO



One Response to Kelantan VS Sabah

  1. n@jd0rf says:

    kemah demo, Nik… hidup NAF…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *