4th DATCC Team Event : Kelantan vs Nusa Mahkota hari ini



Perlawanan ke 6 akan dilangsungkan malam ni pada pukul 7pm di Tingkat 4 DATCC, Kompleks Wilayah Kuala Lumpur.

Malam ini pasukan Kelantan akan bertemu pasukan Nusa Mahkota, pasukan yang berada di tangga ke-4 sementara Kelantan berada di tangga ketiga dengan 0.5 mata di depan. Barisan pemain Nusa Mahkota agak mantap dengan adanya NM Kamalariffin di meja 1, Kamaluddin Yusof di meja 2, Shamsol Baharin dan Aziz Shukor di meja 3 dan 4. Pemain gantian juga agak hebat dengan peningkatan pemain Razali Hamzah dan juga Hairul Hamid serta Hashim Jusoh.

Sementara itu pula pasukan Kelantan yang kekurangan pemain berharap dapat mempertahankan rekod tanpa kalah dan mencetak kemenangan untuk memberi tekanan kepada pasukan Najib dan Too Less Ordinary yang hanya 0.5 mata di depan.

Di harap Pasukan Kelantan dapat mempamerkan prestasi yang baik untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan memperbaiki kedudukan dalam 4th DATCC Team Event.

Peminat catur dijemput hadir untuk melihat dan memberi sokongan.

JUMPA ANDA DI SANA!

p/s : terdapat surau di DATCC untuk solat Maghrib



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *