3rd Kelantan Close 2012



PCNK akan menganjurkan 3rd Kelantan Close 2012 ( KC 2012) pada 27 dan 28 Januari 2012 ini. Tarikh diumumkan terlebih dahulu untuk memberi peluang peserta-peserta dari luar Kelantan untuk merancang cuti untuk turut sama memeriahkan KC 2012 kali ini. Lokasi pertandingan dijangkakan bertempat di Machang. 

KC 2012 merupakan acara tahunan anjuran PCNK yang menjadi tanda ukur untuk memilih pemain yang akan mewakili Kelantan di dalam kejohanan-kejohanan akan datang terutamanya bermain di National Close 2012 nanti. Tahun ini PCNK akan lebih fokus kepada meningkatkan prestasi pemain-pemain dari segi FIDE rating sedia ada dan membantu untuk menyenaraikan lebih ramai pemain wanita di dalam ranking kebangsaan.
Bagi mereka yang ingin membuat pendaftaran awal, boleh email kepada catur.kelantan@gmail.com atau sms Nik Farouqi di 019-999 6006.
Info lanjut mengenai format pertandingan dan lain-lain akan diumumkan insyaAllah dalam minggu ini. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *