1st Kelantan FIDE Rated : Malam ini Abdul Haq vs Azizul



Kemeriahan pertandingan 1st Kelantan FIDE Rated diteruskan malam ini apabila Abdul Haq akan menentang Azizul Mat Daud, 2 pemain yang berada di kelompok atas. Perlawanan akan diadakan di Chess Center Kelang.

Abdul Haq membawa reputasi tinggi apabila baru sahaja menjuarai 3rd Insofar Tournament pada Ahad lalu dan juga membantu pasukan Kelantan memenangi perlawanan bertemu Nusa Mahkota semalam sementara Azizul pula berharap dapat memberikan kekalahan pertama kepada Haq untuk berpeluang mencabar kejuaran 1st Kelantan FIDE rated yang julung kali
diadakan.
Diharap kedua-duanya dapat menampilkan permainan yang menarik! Selamat bergomo!
Untuk pertama kalinya PCNK cuba membawa live perlawanan FIDE rated kali ini yang dimainkan di Kelang antara Abdul Haq yang bermain putih menentang Azizul Mat Daud bermain Hitam. Perlawanan dimulakan pada pukul 9.30 malam.

Kawalan masa adalah 90min + 30 saat bagi setiap pergerakan dari pergerakan pertama.



1. d4 e6 2. Nf3 Nf6 3. g3 b6 4. Bg2 Bb7 5. O-O Be7 6. Re1 O-O 7. Nbd2 c5 8. c3
d6 9. b3 Nbd7 10. e4 Qc7 11. Bb2 Rac8 12. c4 cxd4 13. Nxd4 a6 14. Qe2 Rfe8 15.
Rac1 Qb8 16. Rc3 Bf8 17. g4 h6 18. Rg3 g6


Haq yang terkenal dengan permainan menyerang secara agresif telah membuat langkah awal dengan memajukan pawn di bahagian King. Azizul pula terus bertahan dengan gerakan terakhir melihatkan 6 butir pawn hitam berada di baris ke 6


19. Nf1 Bg7 20. Re3 e5 21. Nc2 Nc5 22. Ng3 Ne6 23. Qd1 Nf4 24. f3 jam ketika ini telah menunjukkan pukul 12 tengah malam tetapi pemain masih memberikan sepenuh tumpuan terhadap permainan mereka.

Azizul berjaya memperbaiki kedudukan Kudanya di petak f4 kerana disitu tidak dapat dikacau oleh pawn Haq yang sudah maju kedepan. Dengan gerakan Haq yang terakhir tadi, Bishop putih Abdul Haq tidak begitu baik memandangkan kebanyakan pawn berada di petak putih seterusnya menghadkan pergerakan Bishop Putih. 24. … Qc7 25. Bf1 Bf8 26. Kh1 Nh7 27. Nb4 Abdul Haq ingin memperbaiki kudanya untuk melompat ke petak d5… Masa bagi Azizul telah berada di bawah 20 min sementara Haq masih mempunyai 26 min. Tekanan masa mungkin akan menyebabkan beberapa langkah yang tidak tepat akan berlaku beberapa langkah lagi nanti.28. … Qe7 29. Nd3 Abdul Haq ingin menukar kuda Azizul yang berada di petak f4. Sekiranya Kuda melompat ke petak d5, Azizul hanya akan menukar Bishop dengan Kuda dan membiarkan Haq mempunyai Bad Bishop putih. Kedua-dua pemain telah berada di bawah 20min kawalan masa permainan. 29. … Bg7 pelawat-pelawat blog PCNK boleh turut serta dalam perbincangan kami di ruang chat facebook Persatuan Catur Negeri Kelantan yang terbuka untuk semua.. 30. Nf2 Ng5 31. Qd2 a5 32. Rd1 Pawn d6 hitam ada masalah sekarang ni. 32. … Red8 perlawanan semakin pantas apabila kedua-dua pemain mula mempunyai masa kurang dari 10 min 33. Bg2 Nge6 34. Ne2 Qh4 35. Nxf4 Nxf4 35. Nd3 Ne6 36. Qf2 Qxf2 37. Nxf2 b5 38. Bf1 b4 39. Red3 Bf8 40. Nh3 Be7 41. Bg2 a4 42. Kg1 Nc5 43. Re3 Ra8 44. Kf2 axb3 45. axb3 Ra2 46. Rb1 Rda8 47. Kg3 Bc8 48. f4 f6 49. Bf3 Bd8 50. Bd1 Bb6 51. Re2 Bb7 52. Bc2 Bc7 53. f5 g5 54. Nf2 Kg7 55. h4 Bb6 56. Rd2 Bc7 57. h5 Kf7 58. Kf3 Ke7 59. Ke2 Haq menawar seri pada kedudukan tertutup.. Azizul terima.. Keputusan SERI!!

1/2 – 1/2 





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *