Pendaftaran ZADANO Kelantan Open ditutup!



Pendaftaran ZADANO Kelantan Open telah ditutup dengan rasminya semalam (15 Februari 2015). Ini bertujuan mendaftar para pemain yang tidak mempunyai rating ke dalam sistem FIDE. Manakala pendaftaran untuk pemain yang sudah mempunyai rating FIDE atau FIDE ID masih lagi dibuka untuk hari ini. Sehubungan itu, senarai lengkap peserta akan dikeluarkan esok. 
Para pemain yang masih belum membayar, sila bank in mengikut jumlah yuran masing-masing ke akaun PCNK di CIMB 8600381212. Pemain yang berhasrat membayar pada hari pertandingan, sila berbuat demikian sebelum jam 9.00 pagi pada 20 Februari 2015. Ini untuk mengelakkan kelewatan pusingan pertama yang dijadualkan bermula jam 10.00 pagi. Anda juga dikenakan DENDA sebanyak RM10.
Pemain yang telah didaftar tetapi ingin menarik diri sebelum tarikh tutup akan mendapat pemulangan yuran setelah ditolak 25% DENDA seperti yang termaktub di dalam maklumat kejohanan. Anda dinasihatkan memberi nombor akaun anda untuk memudahkan urusan pemulangan yuran. Pemain yang menarik diri selepas pada tarikh tutup TIDAK mendapat pemulangan yuran. Segala urusan pemulangan akan dilakukan selepas kejohanan tamat. Ini adalah kerana urusan yang rumit diperlukan untuk mengeluarkan wang yang telah masuk ke akaun Persatuan Catur Negeri Kelantan.
Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat. Kita jumpa di sana!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *