PCNK-PROKEL 2019 Bermula!



Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-PROKEL merupakan satu kejohanan yang mempunyai banyak objektif yang selari dengan objektif utama penubuhan PCNK. Antaranya adalah:

  1. Mempromosi catur di Kelantan kepada semua golongan;
  2. Salah satu kriteria pemilihan wakil Kelantan ke kejohanan peringkat kebangsaan menggunakan Sistem Mata PCNK;
  3. Medan untuk mempertemukan semua golongan pencatur dalam satu kategori dengan tujuan meningkatkan kemahiran pencatur muda dan menajamkan kemahiran sedia ada pencatur dewasa; dan
  4. Mengumpulkan dana untuk PCNK untuk kebaikan ahli khasnya dan para pencatur di Kelantan amnya.

PCNK akan memulakan tahun 2019 dengan Kejohanan Sabtu Pertama PCNK-PROKEL (siri 1) yang akan diadakan pada 5 Januari 2019 bertempat di Arked Perbadanan, Kota Bharu. Ini merupakan siri pertama daripada 10 siri yang akan diadakan sepanjang tahun 2019. Para peserta boleh mengumpul mata dalam setiap siri untuk mendapat Hadiah Utama yang akan diberikan selepas siri 10. Sepuluh peserta yang mendapat mata TERKUMPUL paling banyak akan mendapat Hadiah Utama.

Peserta juga boleh mendapat Hadiah Bulanan selain Sistem Mata PCNK dalam setiap siri. Maklumat lanjut PCNK-PROKEL (siri 1) seperti berikut:

PCNK juga memberi peluang kepada individu atau institusi berminat untuk menaja hamper atau barangan yang boleh digunakan sebagai cabutan bertuah dalam setiap siri. Individu/institusi berminat boleh menghubungi pihak PCNK sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh kejohanan. PCNK akan memberi ruang kepada yang berkenaan untuk membuat promosi barangan mereka.

Untuk siri 1, pihak Akademi Catur Ariez Azman (ACAA) sudi menyediakan cabutan untuk peserta bertuah yang tidak mendapat 10 tempat teratas atau hadiah khas.

Kepada yang berminat, sila daftarkan nama anda di pautan di bawah:

Borang Pendaftaran

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *