PCNK Kini Mempunyai 350 Ahli!



Sesebuah pertubuhan atau persatuan bergantung kepada kekuatan keahlian. Atas kesedaran ini, pihak pengurusan PCNK sentiasa berusaha untuk menambah keahlian dengan membuat promosi sama ada di kejohanan-kejohanan atau media-media sosial. Terkini, PCNK telah mempunyai 350 orang ahli dari seluruh Kelantan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Mereka hanya perlu mengisi borang keahlian rasmi PCNK dan membayar yuran RM5.00 sahaja untuk berdaftar menjadi ahli.

Namun, bermula tahun ini, Ahli Majlis PCNK menetapkan hanya Ahli Aktif yang akan mendapat pelbagai kelebihan berbanding ahli biasa. Ahli Aktif adalah mereka yang membayar yuran tahunan sebanyak RM30.00 yang membolehkan mereka mendapat diskaun yuran dan pembelian barangan PCNK, dan pelbagai lagi kelebihan disediakan termasuk peluang mewakili pasukan catur negeri Kelantan, The Red Knights. Sepanjang tahun ini, seramai 34 orang ahli telah menjadi Ahli Aktif:

senarai-ahli-aktif-pcnk-2016jpg_page1

Oleh itu, rebutlah peluang ini dan jadilah Ahli Aktif. Pihak pengurusan PCNK berusaha memberikan yang terbaik untuk anda.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *