Norazlin Harumkan Nama Kelantan di SUKMA



IMG-20160811-WA0005

Ahli PCNK, Norazlin Juarih, telah mengutip pingat emas Kategori Permainan 60 minit dalam Kejohanan Catur SUKMA Paralimpiad yang diadakan di UNIMAS, Sarawak pada 7 – 10 Ogos lalu. Bermula sebagai pilihan kelima dalam senarai permulaan menambahkan lagi keazaman pencatur harapan Kelantan ini untuk menjadi juara. Ini terbukti apabila beliau memenangi 5 daripada 6 permainan, termasuklah menumpaskan Termizi Yusoff yang merupakan pilihan utama kejohanan. Beliau tewas kepada Zubir setelah membuat kesilapan yang membawa kepada checkmate.

 

IMG-20160811-WA0004

 

Dalam Kategori Perlawanan 30 minit pula, Norazlin memungut pingat Perak setelah tewas kiraan tie break Personal Encounter dengan Kelana walaupun kedua-duanya terikat dengan 5 mata. Sekali lagi pilihan utama, Termizi, menjadi mangsa kerakusan Norazlin manakala Zubir pula merupakan mangsa balas dendam.

 

IMG-20160811-WA0006

Norazlin yang lebih mesra dengan panggilan Leng menyifatkan kejayaannya itu banyak dibantu oleh bekas jurulatih pasukan MSSK Kelantan yang tidak asing lagi, En. Sahadi. Beliau mempersiapkan Norazlin dari segi mental dan fizikal disamping membuat analisa kekuatan dan kelemahan lawan yang bakal dihadapi.

Semoga Norazlin terus membawa kejayaan kepada Kelantan di masa akan datang.

IMG-20160811-WA0007



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *