Nik Nazri Julang Piala Rektor UiTM

Nik Mohd Nazri menambah koleksi kemenangan untuk membuktikan bahawa beliau adalah pemain paling konsisten pada tahun ini dengan menjulang Piala Rektor UiTM Machang Sabtu lepas.  Merupakan pilihan ketiga kejohanan, beliau tidak menoleh ke belakang apabila pilihan pertama, Azhari Mohd Nor dan pilihan kedua, Baharuddin Hamzah tewas kepada lawan masing-masing.

Keputusan penuh boleh dibaca di laman chess results.

Sementara itu, Shazwan Arifi memenangi Kategori Bawah 17 setelah berjaya menahan asakan bertalu-talu daripada pihak musuh yang ingin menjatuhkan beliau selaku pilihan pertama kejohanan. Walaupun berkongsi mata dengan Muhd Ajwad, beliau terpilih sebagai juara berdasarkan kelebihan mata tie break yang meletakkan Muhd Ajwad di tempat kedua. Tempat ketiga menjadi milik pemain dari Terengganu, Ali Hassan.

Keputusan penuh boleh dibaca di laman chess results.

Kejohanan catur di UiTM Machang merupakan kerjasama setiap tahun antara Kelab C’STA UiTM Machang dan PCNK, namun ini merupakan kali pertama Piala Rektor diperkenalkan. Sebanyak 52 orang pemenang termasuk hadiah khas disediakan dan ini memberi peluang kepada ramai peserta untuk membawa pulang sesuatu ke rumah. Diharapkan kerjasama ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Berikut beberapa gambar daripada kejohanan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *