NC 2011 – Wakil Kelantan



Pada tahun lepas, kuota yang diberikan melalui tiket persatuan negeri adalah sebanyak 4 pemain lelaki dan 4 pemain wanita secara percuma. Tahun ini format telah berubah kepada hanya 1 kuota bagi pemain lelaki dan perempuan dengan yuran diberi diskaun 50% berdasarkan FIDE rating pemain. Rata-rata belum ramai pemain di Kelantan mempunyai FIDE rating dan ini membuatkan agak berat bagi kami menghantar ramai pemain kerana yuran maksimum akan dikenakan. Sekiranya ada pemain FIDE rating pun, kebanyakannya telah bersara atau mempunyai komitmen lain selain catur.

Pada mulanya PCNK bercadang untuk menaja 4 pemain lelaki dan 4 pemain perempuan ke NC 2011 sekiranya mengikut kuota format 2010 berdasarkan keputusan KC2011. Memandangkan ianya telah berubah dan usia PCNK baru memasuki 2 tahun, pihak PCNK terpaksa menilai kembali jumlah pemain yang akan mewakili Kelantan ke NC 2011 kali ini.

Sememangnya ramai pemain ingin mewakili negeri Kelantan tetapi bukanlah atas tajaan persendirian begitu juga PCNK mahu menghantar ramai pemain mewakili Kelantan namun PCNK pula setakat ini belum mampu untuk menaja ramai pemain atas sebab tiada pemain FIDE rating. Kira orang kata, baru berhasrat mencari rating telah menemui halangan.

Diharap pihak penganjur dapat menilai kembali kuota yang diberikan kepada persatuan negeri. Sekiranya jumlah kuota perlu dikurangkan, diharap tidaklah terlalu drastik dari 4 ke 1 wakil. Mungkin kepada 2 wakil bagi setiap kategori lebih realistik.

Kami sentiasa menyokong pembangunan catur di Malaysia dan di dalam perancangan kami untuk memperbanyakkan acara di Kelantan serta menghantar wakil-wakil kami ke kejohanan-kejohanan catur di luar Kelantan pada masa akan datang.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *