Mohd Amin Juara UiTM



DSCF0907

Mohd Amin Mohd Noor berjaya mempertahankan momentum pada pusingan terakhir walaupun pada satu ketika tertekan dengan serangan daripada Fairul Yusoff yang berada setengah mata di belakangnya. Pada ketika Fairul hampir pasti memungut mata penuh, Mohd Amin mengeluarkan segala kemahiran yang ada untuk mencuri setengah mata yang menjadikannya juara mutlak Kejohanan Catur Terbuka UiTM pada kali ini.

Anggota MAKSAK Kelantan, Muhd Ariez dan Nik Mohd Nazri mengikut rapat di belakang dengan masing-masing memungut 5 mata. Ahli aktif Mohd Faridzul Asyraf pula dinobatkan sebagai pemain PCNK terbaik manakala pemain wanita utama Kelantan, Najihah Mohd Saufi menggondol pingat pemain wanita terbaik Kategori Terbuka.

UiTM Open_Interim_Ranking_Listjpg_Page1

Dalam Kategori Bawah 18 tahun, Ahmad Alif Irfan memenangi kesemua 6 permainan mengatasi pencabar terdekatnya, Ahmad Hilmi Zulkiflee dan Nurul ‘Izzah ‘Aqilah, 1 1/2 mata di belakang. 

UiTM B18_Interim_Ranking_Listjpg_Page1

Salah seorang daripada kembar cikgu Nik Mohd Azrihan, Nik Muhd Faiz Fakhruddin, memenangi Kategori Bawah 12 tahun. Beliau dibayangi oleh Nik Ahmad Azim dan Nik Ahmad Daniel yang mendapat tempat kedua dan ketiga.

UiTM B12_Interim_Ranking_Listjpg_Page1

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *