Mohd Amin JUARA Karnival MASUM 2017



Mohd Amin Mohd Noor, salah seorang ahli aktif PCNK, membuktikan bahawa beliau masih berbisa setelah menjuarai Kejohanan Catur MASUM 2017 yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17hb Julai hingga 20hb Julai 2017. Lebih manis apabila pasukan yang diwakilinya iaitu UKM turut menjuarai kategori berpasukan lelaki sekaligus beliau menggondol dua pingat EMAS secara peribadi iaitu bagi kategori individu dan berpasukan. Sementara itu, seorang lagi pemain aktif dari Kelantan iaitu Wan Mohd Azmie yang mewakili UiTM berjaya mengutip dua pingat PERAK, apabila muncul Naib Johan bagi kategori individu dan berpasukan. Keputusan penuh bagi setiap kategori boleh dilihat pada link di bawah :

Mohd Amin dan Wan Mohd Azmie muncul Johan dan Naib Johan Karnival MASUM 2017.

Bagi kategori wanita, Najihah Mohd Saufi tidak menghampakan peminat catur Kelantan apabila beliau bersama pasukan UiTM berjaya menjuarai kategori wanita berpasukan. Lain-lain ahli PCNK yang terlibat dengan karnival MASUM ini adalah Muhd Ali Asghar Amirullah yang mewakili pasukan UPM, Dr Nasrul Humaimi selaku Jurulatih pasukan UTM dan AGM Nik Ahmad Farouqi selaku jurulatih pasukan UIAM. Syabas juga buat AGM Nik Ahmad Farouqi dan Dr Nasrul Humaimi apabila pasukan UIAM dan UTM masing-masing menduduki tangga ke-3 dan ke-4 bagi acara berpasukan. PCNK sentiasa berbangga dengan kejayaan-kejayaan seperti ini dan terus mendoakan lebih banyak kejayaan yang bakal dimenangi oleh ahli-ahli PCNK yang menyertai sebarang pertandingan di dalam negeri Kelantan mahupun di luar.

Dari kiri : Najihah Mohd Saufi, Nasrul Humaimi, Wan Mohd Azmie, Nik Ahmad Farouqi dan Mohd Ali Asghar

Dari kiri : Mohd Ali Asghar, Wan Mohd Azmie, Mohd Amin, Nik Ahmad Farouqi dan Najihah Mohd Saufi

Wan azmie sedang berentap

Najihah yang sentiasa senyum

Suasana kejohanan



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *