Wakil Kelantan ke Kejohanan Catur Tertutup Kebangsaan 2011



Assalamualaikum..
Sebagaimana yang kita ketahui, MCF telah mengurangkan kuota subsidi yuran penyertaan wakil negeri ke kejohanan Tertutup Kebangsaan 2011 Mac nanti. Ia sedikit sebanyak menjejaskan hasrat PCNK untuk menghantar seramai mungkin penyertaan ke kejohanan itu.
Walaupun begitu, PCNK tetap berusaha mencari penaja untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 wakil lelaki dan 2 wakil wanita untuk mewakili Kelantan (sama seperti tahun lepas). Berdasarkan keputusan KC2011 baru-baru ini, wakil utama Kelantan adalah:
Lelaki
1. Nik Ahmad Farouqi Nik Abdul Aziz
2. Syed Azizi Abdul Rahman

Wanita
1. Laila Husna Sahadi
2. Najihah Mohd Saufi
Namun begitu bentuk penajaan adalah tertakluk kepada jumlah penajaan. Sekiranya ada tajaan yang mencukupi, keempat-empat pemain ini layak menerima tajaan penuh meliputi:
1. Yuran
2. Pengangkutan
3. Penginapan
4. Elaun Harian
5. Baju Pasukan
Walaupun begitu, sekiranya tiada penajaan yang mencukupi, PCNK akan cuba menaja sekurang-kurangnya Yuran dan pengangkutan pemain.
Di sini, PCNK ingin meminta bantuan rakyat Kelantan yang ingin membantu mendapatkan tajaan dengan menghubungi saudara Norazlin Juarih di talian 013-9223707. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *