Siapa Bakal NM Malaysian Chess Championship 2017?



Setelah bertarung selama 6 pusingan, masih belum ada yang mampu untuk mendakwa Piala Pusingan Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah miliknya. Pelbagai keputusan menarik dapat dilihat apabila para pemain tumpas kepada satu sama lain. Ini membuktikan kualiti pertandingan merupakan antara yang terbaik pernah disaksikan dalam kejohanan Tertutup Kebangsaan. Kualiti permainan juga berada di tahap terbaik apabila sebahagiannya berlarutan sehingga lebih 5 jam!

Dalam kategori berpasukan yang menjanjikan Piala Pusingan Pelaburan MARA Berhad Tijari, Pulau Pinang masih mendahului apabila 4 orang pemainnya mengumpul sebanyak 18 mata. Namun, mereka diekori rapat oleh pasukan Kuala Lumpur yang berada setengah mata di belakang. Tempat ketiga menyaksikan perebutan menarik di antara pasukan Kelantan dan Selangor yang masing-masing mempunyai 14.5 dan 14 mata.

Sementara itu, dua beradik WFM Nur Najiha dan WFM Nur Nabila merupakan calon utama apabila unggul meninggalkan jauh pencabar-pencabar mereka dalam perebutan Piala Pusingan Tan Sri Sabbaruddin Chik. Tempat ketiga direbut oleh 7 orang pemain yang berada 1.5 mata di belakang mereka berdua. Ini membuktikan mereka berada pada tahap yang berlainan berbanding 26 orang pemain yang lain.

Oleh sebab itu, Piala Pusingan Saleem Aziz yang baru diperkenalkan pada tahun ini khas untuk pasukan wanita, bakal dimiliki oleh pasukan Selangor. Hanya ada 3 pasukan yang layak bertanding untuk piala ini apabila pasukan-pasukan selain Kuala Lumpur dan Kelantan tidak mempunyai 4 pemain minimum seperti yang ditetapkan.

Jangan lupa menyaksikan permainan-permainan menarik secara langsung yang diusahakan oleh AI Chess. Peminat-peminat catur boleh menyaksikannya di pautan ini ataupun melalui carian AI Chess dalam laman Facebook.

Berikut beberapa gambar menarik sepanjang 3 hari kejohanan:



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *