Rangkuman Keputusan Pasukan Kelantan di NC2010



NC2010 berakhir semalam dengan Tan Khai Boon dari Pulau Pinang dinobatkan sebagai National Master yang baru manakala Fong Mi Yen dari Perak sebagai National Women Master. Tahniah buat mereka.
Pasukan Kelantan secara keseluruhannya juga amat cemerlang kerana rata-rata pemain mencatat keputusan yang lebih baik berbanding ranking permulaan mereka. Nik Farouqi pilihan ke 9 berjaya mendapat tempat ke 6 dengan 6.5 mata setelah tewas perlawanan penentuan Juara dengan NM Tan Khai Boon. Semangat melawan beliau amat tinggi dan wajar dipuji kerana mengenepikan kepentingan peribadi dengan menolak tawaran seri dari NM Khai Boon. (Sekiranya seri Nik berpeluang merangkul tempat kedua).
Syed Azizi, pilihan ke 90 berjaya menamatkan kejohanan di tempat ke 34 dengan 5 mata meninggalkan beberapa pemain yang mempunyai rating lebih tinggi. Syed Azizi berpeluang mendapat rating FIDE sekiranya mengekalkan prestasi pada kejohanan FIDE selepas ini.
Nasrul Humaimi, pilihan ke 28 terpaksa berpuas hati dengan tempat ke 38. Beliau juga mendapat 5 mata. Norazlin yang juga bertindak sebagai Pengurus Pasukan dan diletakkan sebagai pilihan ke 73 berjaya mencuri mata dipusingan terakhir untuk menduduki tempat ke 65 dengan 4 mata.
Pemain Kelantan (bebas) yang lain juga cemerlang dengan Wan Mahadzir dan Izuddin Ahayat mendapat 4.5 mata manakala Wan Tarmizi mendapat 4 mata.
Dalam kategori Wanita, Siti Nur Afiqah berjaya menamatkan kejohanan ditempat ke 27 dengan 4 mata. Afiqah merupakan pilihan ke 30 kejohanan. Najihah pula terpaksa berpuas hati di tempat ke 30 dengan juga 4 mata. Najihah merupakan pilihan ke 25 kejohanan.
Tahniah buat semua pemain!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *