Rangkuman Keputusan KC2011



Hari ni telah berlangsung 3 pusingan. 11 pemain memasuki pusingan ke 4 dengan 3 mata penuh dengan kebanyakan pemain pilihan menepati ramalan hari pertama. Hanya Wan Mohamad Aqli merupakan pemain unrated yang mengumpul 3 mata penuh. 
Norazlin pula ditahan seri pada pusingan ke-3 oleh Mohd Syazwan Mohd Zin manakala Izuddin Ahayat yang tewas pada pusingan ke 2 kepada Faiz Zakaria bangkit untuk menang pada pusingan ke 3.
PCNK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada satu-satunya pemain berbangsa Cina iaitu Kang Lip Wee kerana datang bertanding walaupun di dalam cuti Raya Cina. Lip Wee mengakhiri hari pertama dengan 1 mata. Diharap lebih ramai pemain berbangsa Cina dan India akan menyertai kejohanan catur di Kelantan pada masa akan datang.
Esok (5/2/2011) akan bermula pusingan ke 4 pada pukul 8.30 pagi. 4 pusingan akan dimainkan dan memandangkan tambahan masa 30 saat setiap pergerakan, pusingan seterusnya akan terus dimulakan selepas habis pusingan sebelumnya untuk mengejar masa.
Keputusan penuh hari pertama dan pairing bagi pusingan ke 4 boleh di lihat di SINI


3 Responses to Rangkuman Keputusan KC2011

  1. Result last year kawe ada upload kat chess-results

  2. ...BarBatCatur... says:

    kaloh maso doh ko?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *