Pasukan Kelantan di Kejohanan MAKSAK Melaka



Kelantan telah menghantar satu pasukan anggota kerajaan untuk menyertai Kejohanan Catur MAKSAK Malaysia yang berlangsung di Hotel Mahkota, Melaka dari 18 – 21 Oktober lalu. Bermula tahun ini, kejohanan ini bertaraf FIDE Rapid dan dijalankan menggunakan kawalan masa 30 minit dengan tambahan 30 saat setiap pergerakan.

 

Dalam Kategori Terbuka berpasukan, Kelantan bermula dengan kedudukan ke-8 mengikut kiraan purata Rating FIDE Rapid dan berakhir dengan kedudukan ke-6:

Pusingan 1 – Perlis 0 – Kelantan 4

Pusingan 2 – Kelantan 1 – Kuala Lumpur 3

Pusingan 3 – Negeri Sembilan 2 – Kelantan 2

Pusingan 4 – Kelantan 1.5 – PDRM 2.5

Pusingan 5 – ATM 1 – Kelantan 3

Pusingan 6 – Sabah 2 – Kelantan 2

Pusingan 7 – Kelantan 2 – Selangor 2

 

Secara individu, dua orang pemain Kelantan mendapat anugerah Pemain Papan Terbaik:

Nik Mohd Nazri Nik Hasan – Pemain Terbaik Papan 2

Mohd Azizul Mat Daud – Pemain Terbaik Papan 5

 

Dalam Kategori Wanita, setiap pasukan menghantar seorang wakil. Cikgu Suhana Arifin yang mewakili Kelantan hanya mampu menduduki tempat ke-15 daripada 16 orang peserta.

 

Keputusan penuh Kategori Terbuka (berpasukan)

Keputusan penuh Kategori Wanita (individu)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *