Pasukan B15P Kelantan meraih Pingat Gangsa MSSM 2012



Kuala Terengganu – Kejohanan MSSM 2012 telah bermula pada 4 Jun dan berlangsung selama 5 hari sehingga 8 Jun 2012.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan B15P Kelantan yang berjaya meraih pingat perak di MSSM Kuala Terengganu. Pasukan yang diwakili oleh Afiqah, Najihah Saufi, Fatih dan Nik Najihah melakukan permulaan sempurna apabila berjaya menewaskan Labuan dan Sarawak dengan keputusan 4-0 pada pusingan 1 dan 2. Pada pusingan ke 3 pula kemaraan mereka tersekat apabila tewas 0-4 dengan Kuala Lumpur. Walaupun keputusan tewas, tetapi perlawanan bagi setiap papan berlangsung sengit. Dengan kekalahan ini, ramai negeri lain menganggap kemenangan pada 2 pusingan awal adalah nasib dan Kelantan bukan pilihan untuk meraih pingat.

Pada pusingan ke 4, Kelantan menunjukkan kebangkitan apabila mengejutkan pasukan Pulau Pinang 3-1 dan mengekalkan rentak apabila menang dengan Pasukan Perak dengan 3-1 di sebelah petang pula. Dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan terkumpul, Kelantan hanya perlu seri dengan pasukan Selangor di pusingan terakhir untuk mendapatkan Pingat Perak dan akhirnya berjaya mendahului 2-0 untuk memastikan kejayaan mengutip Pingat Perak. Keputusan berakhir dengan seri 2-2 dengan Selangor.

Sasaran awal bagi Kontijen Kelantan adalah untuk mengekalkan 2 pingat gangsa yang diperoleh tahun 2011 bagi kategori B15 dan B12 Lelaki dan sebarang pingat tambahan merupakan bonus.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *