Nik Nazri Jaguh Hari Sukan Negara (Kelantan)



Nik Mohd Nazri menjadikan Kejohanan Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan sebagai gelanggang latihan sebelum mewakili negeri Kelantan dalam Kejohanan MAKSAK yang akan diadakan 18 Oktober nanti di Melaka. Beliau membuktikan pemilihan beliau dalam pasukan MAKSAK Kelantan adalah tepat dengan menjuarai Kategori Terbuka meninggalkan bakal rakan sepasukan Baharuddin Hamzah di tempat kedua.

 

Kedatangan Muhd Irsyad dari Terengganu ke Kelantan tidak sia-sia apabila beliau menjuarai Kategori Bawah 12 dengan menewaskan pemain-pemain yang hebat dari Kelantan.

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *