NC 2011 – Pemilihan ke SEA Games




Tahun ini dijangkakan NC2011 bakal disertai pemain-pemain terkuat di Malaysia memandangkan ia merupakan pemilihan bagi mewakili pasukan negara bagi lelaki dan perempuan. Malaysia akan memilih 10 pemain untuk senarai pendek wakil ke SEA Games Indonesia pada November 2011 ini.

Antara 2 pemain yang telahpun termasuk di dalam senarai pendek ini adalah pemain no 1 dan no2 negara kita iaitu IM Mas Hafizul dan juga IM Mok Tze Ming manakala bagi kategori wanita pula WFM Alia Anin Bakri dan WCM Nabila Azman Hisham. 8 Pemain lain yang akan melengkapkap 10 pemain senarai pendek nanti adalah mereka yang menduduki 8 pemain terbaik di kejohanan NC dan NWC 2011 ini. Sekiranya pemain yang akan terpilih di dalam senarai pendek ini menolak untuk mewakili Malaysia, barulah pemain dari senarai FIDE Malaysia yang tertinggi akan ditawarkan tempat.

Perkembangan baru ini pastinya menarik kerana NC yang pada tahun-tahun lalu yang suram dengan pemain-pemain terbaik Malaysia dilihat mampu menarik pemain seperti IM, FM dan NM yang lalu selain pencabar-pencabar gelaran NM yang akan datang. Antara beberapa desas desus pemain yang akan bermain adalah IM Mashafizul sendiri dan juga IM Jimmy Liew. Wakil dari Kelantan pula adalah Nik Ahmad Farouqi dan Syed Azizi sementara wakil dari negeri lain sudah pastinya NM 2010 iaitu Tan Khai Boon, Loo Swee Leong, Juara Perak Ahmad Fadzil Nayan, selain pemain-pemain junior yang meningkat naik seperti Yeoh Li Tian, Wong Jian Wen dan banyak lagi.

Pemain wanita Kelantan pula akan disertai oleh Laila Husna Sahadi dan Najihah Mohd Saufi.

Diharap NC2011 ini akan berlangsung dengan jayanya dan semoga pemain dari negeri Kelantan berjaya mendapat gelaran NM dan menamatkan kedudukan NC 2011 pada 8 kedudukan terbaik!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *