Laporan Ringkas NAG dari Seri Iskandar



Hari ini skuad pemain dari Kelantan selamat tiba di Seri Iskandar dengan menaiki bas yang disediakan oleh Sekolah Yahya Petra Kuala Kerai dan bersedia untuk bermain National Age Group (NAG) bertempat di Universiti Teknologi Petronas pada 12 hingga 14 Mac ini.

Pasukan Pelapis Red Knights berkampung di Taman Maju, Seri Iskandar di 4 buah Homestays untuk menempatkan pemain lelaki, pemain wanita dan pegawai pengiring. Jarak antara homestay dengan UTP cuma 5 min dengan menaiki bas.

Buat masa ini sambungan internet terhad kepada penggunaan broadband tetapi dimaklumkan di UTP mempunyai sambungan WiFi yang lebih laju.

PCNK akan cuba membuat liputan mengenai NAG sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Selamat Berjuang!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *