Keputusan Terkini NC 2010



Nik Ahmad Farouqi merupakan pemain Kelantan paling cemerlang pada hari pertama dengan mengumpul 1.5 mata dari 2 pusingan. Dr Nasrul Humaimi gagal untuk memungut mata penuh apabila tewas kepada pemain pilihan ke 8, Kamaluddin Yusoff di pusingan ke 2.
Syed Azizi seri dengan Syed Iskandar dari Perlis yang mempunyai FIDE Rating dan ini mencerahkan peluang beliau untuk memperolehi FIDE rating melalui kejohanan ini. Syed Azizi tewas kepada seorang lagi pemain FIDE rated iaitu Low Jun Jian.
Norazlin masih lagi gagal memungut sebarang mata apabila tewas kepada dua orang pemain FIDE Rated, Mark Siew Kit Tze dari Perak dan Rizal Ahmad Kamal dari WP.
Kejohanan kali ini menyaksikan seramai 50 dari 94 pemain lelaki mempunyai FIDE Rating.
Kategori Wanita
Najihah Saufi paling cemerlang dengan 1 mata walaupun tewas pusingan pertama kepada pemain FIDE Rated dari Perak Fong Mi Yen.
Afiqah pula masih gagal memungut sebarang mata apabila tewas kepada dua pemain kuat iaitu Haslindah Ruslan dan Fairuz Hamzah.
Sila ke blog NC2010 kejohanan untuk maklumat terkini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *