KC2011 bermula hari ini



KC 2011 membuka tirai hari ini tepat pukul 11 pagi. Bahagian Open menarik seramai 97 peserta dengan beberapa pemain yang mendaftar sebelum ini menarik diri disebabkan beberapa masalah seperti banjir di Johor, dan juga tiket bas dan keretapi yang kehabisan disebabkan musim cuti Raya Cina dan cuti semester IPT.

Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari dan sebanyak 7 pusingan di jalankan iaitu 3 pada hari pertama dan 4 pusingan pada hari kedua. Kawalan masa bagi setiap permainan adalah 30minit + 30 saat setiap pergerakan.

Pada pusingan pertama, semua peserta pilihan menang kecuali pemain pilihan ke-9, Mohd Rezal Che Man dikejutkan oleh Mohd Ezmi Mahmood.

Senarai nama pemain dan keputusan boleh dilihat di Chess-Result.com



4 Responses to KC2011 bermula hari ini

  1. Md Ezmi Mahmood kawe kenal lama doh,dia aktif tahun 1990 an dulu sebelum “bersara” dan aktif balek sejak 2-3 bulan nie

  2. NASSERO says:

    kawe pun pernah main dengan dio dulu banyok kali kat KL..dia level2 geng ahmad maliki…masih mantap tuh…

  3. ...BarBatCatur... says:

    hok tok kenal dio gak meme akan underestimate lah..

  4. NASSERO says:

    seghupo sorang player kelate tuh, underestimate sereyes..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *