Festival Catur Kelantan Bermula!



Festival Catur Kelantan bermula dengan Kejohanan FIDE Rapid Rated selama dua hari iaitu dari 5 – 6 Februari. Kejohanan ini dimainkan di dalam Dewan Tok Selehor, SMKA Falahiah, Tumpat dan dihadiri oleh lebih kurang 70 orang peserta. Pusingan 1 bermula jam 10.00 pagi tadi dan masih lagi berlangsung sampai sekarang. Kepada yang berminat mengikuti keputusan kejohanan ini, anda boleh lawati laman chess results.com

 

Kejohanan ini juga menayangkan permainan yang diambil daripada 6 papan pertama menggunakan papan DGT. Peminat catur boleh melihat permainan-permainan tersebut dengan melayari pautan di bawah:

http://live.myiconchess.com

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *