Dua Ammar Amuk di PKB PCNK



Dua orang pemain bernama Ammar telah menjadi johan dan naib johan dalam kategori bawah 12 tahun di Kejohanan Terbuka PKB PCNK baru-baru ini. Iman Ammar Che Din dan ‘Ammar Mohd Azizul menguasai kategori bawah 12 tahun yang dihadiri seramai 186 orang peserta dengan kedua-duanya mencatat keputusan 6 kemenangan dan 1 seri. Namun, Iman Ammar mendapat kelebihan setelah mencatat seri di perlawanan terakhir manakala ‘Ammar mencatat seri di perlawanan pertama. Mereka berdua diekori rapat oleh 7 orang peserta yang mendapat 6 mata yang menghuni tempat ketiga hingga kesembilan. Adam Harith yang mendapat 5.5 mata melengkapkan senarai 10 teratas. Keputusan akhir boleh dibaca di pautan chess results di bawah:

Kategori Bawah 12 tahun

 

Sementara itu, kategori Terbuka menyaksikan penguasaan mutlak Nor Azmi Mohd Nor yang memenangi semua 7 perlawanan, meninggalkan Mohamad Yusri, Mohd Razif dan Nik Mohd Nazri 1 mata di belakang. Peserta cilik, Nik Muhd Faiz Fakhruddin mengekori rapat dengan 5.5 mata manakala pendahulu Sistem Mata PROKEL-PCNK, Mohammad Amin Che Cob mengetuai senarai peserta yang mendapat 5 mata untuk melengkapkan senarai 10 teratas. Keputusan penuh boleh dibaca di pautan chess results di bawah:

Kategori Terbuka

 

Kejohanan ini menyaksikan penyertaan yang amat ramai terutamanya dalam kategori bawah 12 tahun. Oleh itu, kerjasama semua orang amat perlu untuk kelancaran program. Semua individu mestilah memainkan peranan masing-masing agar kejohanan berjalan mengikut jadual yang dirancangkan. Peranan tersebut telah dinyatakan dengan jelas di pautan di bawah:

Peranan Ibubapa/Guru dan Pemain

 

Beberapa gambar kejohanan:

186 orang peserta kategori bawah 12 tahun

‘Ammar (baju merah) dan Iman Ammar (baju hitam) sedang membelasah lawan

Jawatankuasa kejohanan bersama pemenang

91 orang menyertai kategori terbuka

 

 

 

 

 

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *