Laporan dan Keputusan Penang Open

Pada 4 dan 5 Disember baru ini telah berlangsung Pesta Catur Pulau Pinang berpasukan. 2 Pemain Kelantan yang menyertai pertandingan ini adalah Nik Ahmad Farouqi di pasukan Bring Back Medal dan Nik Nazri ( Juara  USM Chessmasters) dalam pasukan Educator. Tidak menghampakan kerana kedua-dua pemain tidak pulang dengan tangan kosong apabila Nik Nazri berjaya mendapat hadiah Pemain Terbaik papan ke-2 dan Nik Farouqi mendapat tempat ke 2.

Nik Nazri berjaya menewaskan nama-nama besar yang lain seperti Kamaluddin Yusof, Ian Udani, Anthony Liong sebagai pemain terbaik di papan kedua.

Bring Back Medal pula dianggotai oleh Juara Perak Closed baru ni, Fadzil Nayan, Kamaluddin Yusoff, Nik Ahmad Farouqi dan Abdullah Che Hassan. Kejohanan yang menggunakan sistem match point ini menawarkan 2 mata untuk menang, 1 mata untuk seri dan 0 mata untuk kalah. BBM tewas kepada Penang Gambit yang muncul sebagai Juara kejohanan untuk mendapat tempat kedua.

Keputusan penuh boleh dirujuk di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *