Lamo tak update blog ni…



Salam PCNK ucapkan pado semua pelawat.. Lamo doh tak update blog ni. Antara perkara yang berlaku dale arena catur Kelate buat maso ni adalah kembalinya pemain no 1 negara iaitu IM Mas Hafizul secara aktif dale kejohanan catur tempatan.

Pada Kejohanan Blitz di DATCC baru-baru ni, IM Mas Hafizul berjaya menjadi johan diikuti dengan Mohd Ezmi Mahmood di tempat ke-6.

Di UPSI pula baru-baru ni IM Mas berjaya menjadi johan diikuti Abdul Haq di tempat ke-4.

Selain itu, perlawanan 1st FIDE Kelantan Rated Event juga terus berjalan dengan lancar dengan Kumpulan pemain di Kelantan telah menamatkan pusingan awal sementara Nik Farouqi baru bermula permainan pertama dengan Dr. Nasrul Humaimi di Kumpulan KL. Lagi 4 permainan perlu dimainkan oleh Nik Farouqi sebelum pertemuan pusingan kedua antara Kumpulan Kelantan dan KL.

Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah pada Sabtu (22/10/11) akan bermula pusingan pertama DATCC Team Event di Kompleks Wilayah Kuala Lumpur di mana pasukan Kelantan secara rasmi akan mengambil bahagian. Pasukan Kelantan akan diwakili oleh IM Mas Hafizul, Abdul Haq, Nik Farouqi, Mohd Ezmi dan lain-lain pemain yang akan disenaraikan kemudian.

Pada bulan November juga akan berlangsung kejohanan Asia Amatur di mana beberapa pemain dari 1st Kelantan FIDE Rated Event akan mengambil bahagian iaitu Abdul Haq, Dr. Nasrul Humaimi, Ariez Azman, Syed Azizi, Wan Mahadzir, Azlin Juarih dan Marzuki manakala Nik Farouqi akan turut hadir sebagai Arbiter dalam Kejohanan tersebut.

Perkembangan yang menarik dalam catur Kelantan buat masa ni, PCNK mengucapkan selamat maju jaya!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *