Kursus Kejurulatihan Siri 1 berlangsung dengan jayanya



PCNK dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Negeri Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai telah berjaya menganjurkan satu kursus untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang permainan catur. Kursus yang dianjurkan selama satu hari (25 Februari 2017) di PPD Kuala Krai memberi penekanan kepada bagaimana untuk belajar dan mengajar catur dengan mudah serta undang-undang FIDE dalam pertandingan catur. Ini secara tidak langsung memberi impak kepada guru-guru demi pembangunan catur secara berterusan di negeri Kelantan. Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Nasrul Humaimi yang juga merupakan seorang FIDE Instructor bertauliah. 

Berikut adalah senarai peserta yang hadir:

1. Mohd Shahril Mohd Sabri
2. Haziz Harun
3. Abdullah Zawawi Mohamad Yatim
4. Mohd Hafiz Ismail
5. Nor Hasiah Yusoff
6. Rohani Ibrahim
7. Nur Helmi Zakaria
8. Raja Ahmad Nazri Raja Aziz
9. Mohd Nasran Nawawi
10. Hamka Handan
11. Wan Mohd Hafizi Abd Rahman
12. Wan Ros Wan Yusoff
13. Wan Shahrul Wan Hassil
14. Azman Abd Aziz
15. Mohd Al-Amirul Al-Adzha Mat Yasi

 

Bersama peserta kursus yang rata-ratanya datang dari sekitar Kuala Krai

Prof Madya Dr Nasrul Humaimi menerima penghargaan daripada Presiden PCNK.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *