Kursus Kejurulatihan Catur (Siri 1)



Sempena Kejohanan Catur Terbuka Peringkat Umur Kuala Krai, PCNK sukacita mengadakan satu Kursus Kejurulatihan untuk guru-guru pengiring yang hadir membawa pelajar. Kebiasaannya, guru-guru pengiring ini yang kebanyakannya tiada pengetahuan mengenai sukan catur, hanya datang dan menunggu para pelajar masing-masing selesai kejohanan sebelum membawa mereka pulang. Oleh itu, PCNK memulakan inisiatif memberi input berkenaan teknik mengajar catur dan undang-undang kejohanan untuk kebaikan mereka.

Kursus ini akan diadakan di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai semasa kejohanan catur tersebut berlangsung. Guru-guru pengiring boleh memasukkan kursus ini sebagai salah satu daripada keperluan pengisian Latihan Dalam Perkhidmatan mereka (SPLKPM).

Kursus ini akan diberikan oleh penceramah yang diiktiraf Persekutuan Catur Dunia (FIDE), Dr. Nasrul Humaimi Mahmood. Beliau juga merupakan pemain MAKSAK Johor yang baru sahaja memenangi medal Pemain Terbaik Kejohanan MAKSAK 2017.

Antara intipati kursus ini adalah mengenai persiapan yang perlu ada sebagai seorang jurulatih sekolah, pasukan daerah ataupun negeri. Peserta juga akan didedahkan dengan undang-undang catur yang digunakan oleh Persekutuan Catur Dunia (FIDE) agar mereka mampu bersedia dengan segala kemungkinan dalam sesuatu kejohanan yang disertai oleh anak-anak murid mereka.

 

Butiran Kursus

Tarikh : 25 Februari 2017

Tempat : Bilik Seminar, PPD Kuala Krai

Penceramah : FIDE Instructor Dr. Nasrul Humaimi Mahmood

Peserta : Jurulatih sekolah, MSSD dan MSSK

Tentatif :

8.00 – 8.30 Pengesahan pendaftaran
8.30 – 10.30 Sesi 1 = Persiapan seorang jurulatih
10.30 – 11.00 Rehat
11.00 – 1.00 Sesi 2 = Undang-undang catur
1.00 – 2.00 Makan tengahari dan bersurai

Yuran : RM50 (Boleh bank in ke akaun RHB 20305360012947 Persatuan Catur Negeri Kelantan ATAU bayar di tempat kursus semasa pendaftaran)

 

Pastikan anda mengambil peluang ini kerana tempat adalah terhad!

 

Untuk mendaftar, sila SMS atau WhatsApp maklumat berikut ke 019-6138802 (Mohd Azizul):

  1. Nama penuh
  2. No Kad Pengenalan
  3. Nama sekolah

 

Senarai peserta yang telah mendaftar:



One Response to Kursus Kejurulatihan Catur (Siri 1)

  1. Hafiz says:

    Assalamualaikum,
    Kursus jurulatih 1 dah berjaya
    Bila pula nak diadakan kursus jurulatih 2?
    Mungkinkah bersamaan dengan terbuka kuala krai hujung mac ini?
    adakah sijil ini diiktiraf kepada peserta menjadi jurulatih catur yang bertauliah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *