Keputusan Peringat Open Chess Championship



Pada 6 Jun 2015, telah berlangsung Peringat Open Chess Championship di SMU (A) Al-Kauthar, Peringat, Kota Bharu Kelantan. Seramai 78 orang telah mengambil bahagian. Penganjur kali ini adalah kerjasama antara 7F Futsal Sport Center dan Persatuan Catur Negeri Kelantan. Sebanyak 19 hadiah disediakan oleh penganjur yang mana jumlah terkumpul lebih RM1200. Arbiter kejohanan ini adalah En Rhozisham Abd Rashid

11

111

 

Permainan berlangsung tepat jam 9.45 pagi (lewat 15 minit daripada jadual) Selain warga PCNK yang mengambil bahagian, ada juga peserta yang datang dari Terengganu, Melaka dan Johor turut memeriahkan acara. Format pertandingan adalah kawalan masa 20 minit sebanyak 7 pusingan. 4 pusingan sebelum berhenti rehat dan disambung lagi 3 pusingan selepas itu.

13

12

14

123

12345

1234

 

Tahniah kepada pemain lagenda Kelantan Ghazali Che Cob (Abe Li) kerana memenangi kejohanan kali ini dengan mata penuh 7 mata. Abe Li tahun ini kembali beraksi setelah 7 tahun berhenti rehat akibat desakan kesihatan membuktikan kepada kita usia bukanlah penghalang. Tahniah juga kepada top 10 Peringat Open Chess Championship dan juga Terbaik U18, U15 dan U12.

Keputusan penuh adalah seperti dibawah

 

1 2

 

Lebih banyak lagi acara sebegini akan disusun untuk peminat catur negeri Kelantan sepanjang tahun ini. Harapnya lebih ramai lagi penggiat catur akan menyertai acara seperti ini pada hari mendatang. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Tahniah!



One Response to Keputusan Peringat Open Chess Championship

  1. Abe Li memang otai. Temuramah bersama beliau akan menyusul, in shaa Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *