Keputusan penuh Pekan FIDE Rated Rapid 2015



24 dan 25 Oktober 2015 lepas telah berlangsungnya Pekan FIDE Rated Rapid di UMP Pekan, Pahang. Acara bertaraf international ini menyediakan hadiah wang tunai lebih 13 ribu ringgit. Lebih 400 orang telah mengambil tempat dengan penyertaan bawah 12 paling ramai iaitu seramai 236 orang. Tahniah kepada penganjur.

Antara gambar ahli PCNK  yang menyertai kejohanan kategori Open yang diambil oleh blogger rasmi kejohanan GilaChess (klik link untuk gambar lain)

nik

Nik Nik Ahmad Farouqi

 

mas

Mas Hafizulhelmi

 

amin

Mohd Noor Mohd Amin

joe

Mat Arifin Mohd Faridzul Asyr

zudi

Mustapha Muhd Zudi

Pemain vateran Kelantan Ghazali Che Cob dan wakil tunggal peserta wanita PCNK Nur Wahida Atira juga turut sama memeriahkan. Harapnya lebih ramai untuk sertai bagi kategori ini pada kemudian hari

Keputusan rasmi perlawanan top 30 seperti dibawah dan boleh lihat di pautan ini untuk keputusan penuh

pekan open

AGM Nik Ahmad Farouqi telah menawaskan IM Mas Hafizulhelmi di pusingan terakhir dan seterusnya mendapat tempat kedua manakala IM Mas mendapat tempat ke4. Pemain dari Philipine Ian Udani menjuarai kejohanan ini dan seorang lagi pemain Malaysia bertaraf International Master, IM Mock Tze Meng mendapat tempat ke3

Bagi kategori bawah 12, seramai 13 ahli PCNK yang menyertai. Tahniah kepada ibu bapa dan cikgu sekolah serta pihak sekolah yang menghantar wakil untuk menimba ilmu di negeri orang sejak awal lagi. Admin masih tidak tahu keputusan penuh bagi kesemua yang pergi tapi 2 orang peserta cilik PCNK telah berjaya mendapat johan dan naib johan (Nik Afiq Raiyan) kategori bawah 7 tahun

hafiy

MUHD HAFIY IKHWAN RHOZISHAM (johan b7)

Sekali lagi PCNK mengucapkan tahniah kepada penganjur kejohanan bagi kejohanan yang berprestij ini. Harapnya hubung jalin antara Pekan-PCNK dapat diteruskan untuk masa-masa mendatang. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *