Kem Fasa 3 – Kita Juara 2017



7 – 10 Jun 2017 : Bertempat di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Malaysia, Kg. Pandan, telah berlangsung Kem Fasa Ketiga Kita Juara 2017 yang telah mengumpulkan kesemua atlet dalam pelbagai acara yang dipertandingkan di Sukan Para Asean 2017 yang akan berlangsung pada 17 hingga 23 September 2017. Alhamdulillah, tiga wakil dari Kelantan iaitu saudara Azlin, saudari Nur Izzati dan Dr. Nasrul telah terpilih untuk mengikuti kem ini selaku pemain dan jurulatih pasukan catur. Semoga mereka dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada pasukan negara pada temasya Sukan Para Asean 2017. Syabas dan tahniah daripada PCNK.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *