Kelebihan Menjadi Ahli Aktif



Menjadi ahli PCNK dan menjadi Ahli Aktif PCNK adalah dua perkara yang berbeza. Anda menjadi ahli PCNK dengan mengisi borang keahlian PCNK (muat turun borang di sini) dan membayar RM5. Keahlian ini membolehkan anda berada di dalam database PCNK seterusnya melayakkan anda untuk menerima SMS dan email daripada pihak kami mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Anda juga boleh memaksimakan keahlian anda dengan memasang aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan Instagram sebagai medium informasi.

Apabila anda sudah menjadi ahli dan mendapat nombor keahlian, anda boleh menjadi Ahli Aktif (semak senarai terkini Ahli Aktif di sini) dengan membayar Yuran Tahunan (sila baca di sini). Keahlian ini membolehkan anda mendapat kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1) Diskaun Yuran dan Pembelian

Ahli aktif akan mendapat diskaun apabila menyertai kejohanan anjuran PCNK. Kadar diskaun ini berbeza untuk setiap kejohanan dan bengkel. Oleh itu, sila perhatikan maklumat kejohanan betul-betul kerana harga yuran pendaftaran untuk ahli biasa dan ahli aktif adalah berbeza.

Anda juga boleh mendapat diskaun apabila membeli daripada kedai PCNK (sila lawati kedai kami di sini). Kami menjual barang-barang berkenaan catur dan ahli aktif boleh mendapatkan barangan tersebut dengan harga yang lebih murah.

Antara barang jualan di kedai catur PCNK

2) Peluang mendapat Hadiah Khas

Dalam setiap kejohanan anjuran PCNK/anjuran bersama PCNK dengan institusi-institusi lain, terdapat Hadiah Khas diperuntukkan untuk Ahli Aktif. Oleh itu, peluang untuk anda mendapat hadiah adalah lebih meluas berbanding ahli biasa dan bukan ahli.

3) Peluang mewakili PCNK dalam The Red Knights

Hanya Ahli Aktif yang akan kami panggil untuk menganggotai pasukan catur rasmi negeri iaitu The Red Knights. Pasukan ini dibentuk untuk memasuki kejohanan berpasukan seperti Hari Merdeka dan juga kejohanan antara negeri (inter state). PCNK juga diamanahkan untuk mendaftar pemain Kelantan dalam kejohanan Tertutup Kebangsaan yang merupakan medan untuk mencari wakil negara.

Pasukan The Red Knights



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *