Kelantan duduki tangga ke-9 “Interstate”



Pasukan Kelantan menduduki tangga kesembilan pada kejohanan “Malaysian Inter-state Team Chess Championship 2016. Pasukan Kelantan yang dibarisi oleh AGM Nik Farouqi, AGM Muhamad Ariez, Nasrul Humaimi, Wan Mohd Azmie dan Mohd Amin bermula dengan cemerlang pada pusingan pertama menewaskan Pahang B dengan keputusan 4-0. Di pusingan kedua, mereka terikat dengan keputusan 2-2 dengan Sarawak sebelum tewas kepada Pulau Pinang dengan 0-4 pada pusingan ketiga. Sekali lagi mereka dikecewakan oleh pasukan Terengganu dengan kekalahan 1-3 pada pusingan seterusnya. Di pusingan kelima, mereka bangkit dengan menewaskan Putrajaya dengan keputusan 3.5-0.5. Pusingan terakhir adalah pusingan penentuan untuk memperbaiki kedudukan dikalangan lima pasukan terbaik. Walaubagaimanapun, pasukan Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1.5-2.5 kepada pasukan gergasi Kuala Lumpur. Syabas kepada pasukan Kelantan dan semoga lebih baik di edisi akan datang.

KEPUTUSAN LENGKAP

Pasukan Kelantan

Dari kiri – AGM Ariez, AGM Nik Farouqi, Nasrul, Azmie dan Amin

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *