Kejohanan Peringkat Umur 3.0 dan Blitz Mahabbah



KAG 3.0

Seramai 152 pelajar sekolah telah menyertai kejohanan kali ini yang masih diadakan di SMKA Melor, Kota Bharu. Walaupun 3 hari sebelum tarikh pertandingan menyaksikan jumlah penyertaan yang kurang memberangsangkan, namun ramai yang mendaftar pada hari Jumaat dan ada yang masih ingin menyertai kejohanan ini pada pagi pertandingan.

Memandangkan PCNK mempunyai peralatan yang cukup untuk menampung maksimum 176 peserta, penyertaan pada hari pertandingan diterima. Ini bukanlah amalan biasa PCNK, tapi ia adalah ehsan kerana surat jemputan tiba lewat ke sekolah-sekolah walaupun telah 3 minggu dihantar ke pihak yang berkenaan.

Walaubagaimanapun, pusingan pertama berjaya diadakan sebelum pukul 10 pagi. Ketua arbiter, En. Mohd Azizul memulakan dengan memberi penerangan perjalanan pertandingan yang sepatutnya untuk memastikan kelancaran sesuatu kejohanan:

  1. Iklan awal dikeluarkan beserta surat jemputan kepada pihak yang berkenaan.
  2. Peserta mendaftar nama sebelum tarikh kejohanan.
  3. Pembayaran dilakukan sebelum kejohanan.
  4. Pengesahan pendaftaran pada pagi kejohanan.
  5. Kejohanan bermula pada waktu yang ditetapkan.

Berikut adalah keputusan penuh setiap kategori:

Kategori Bawah 12

B12 (a)

B12 (b)

B12 gambar

Kategori Bawah 15

B15 (a)

B15 (b)

B15 gambar

Kategori Bawah 17

B17

B17 gambar

 

BLITZ MAHABBAH

Selesai Kejohanan Peringkat Umur 3.0, satu kejohanan blitz telah diadakan. Namun, hanya 14 orang peserta yang hadir untuk beradu tenaga.

Kedudukan akhir:

Mahabbah Blitz 2.0

Blitz

 

Tahniah diucapkan kepada semua!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *