Kalendar PCNK 2016



Bermula tahun baru merupakan permulaan harapan baru PCNK. Harapan ini dimulakan dengan satu pembaharuan iaitu menerbitkan kalendar untuk memudahkan perancangan ahli. Pembaharuan ini diteruskan juga dengan penetapan yuran tahunan sebanyak RM30 untuk membezakan ahli PCNK yang ingin bergiat aktif untuk tahun ini dengan ahli PCNK yang tidak ingin bergiat aktif. Antara keistimewaan ahli aktif adalah diskaun yuran pertandingan dan juga barangan PCNK serta informasi pantas melalui SMS sepanjang tahun. Ahli yang mendaftar awal akan diberikan cenderahati PCNK selagi stok masih ada.

Kategori

Yuran

Bawah 17 tahun (1999)

RM 15

Biasa

RM 30

Seumur hidup

RM 300

Yuran ini boleh dibayar melalui bank in kepada akaun PCNK RHB 20305360012947 (bukti pembayaran mesti diserahkan kepada Bendahari PCNK) atau terus kepada Bendahari di kaunter kejohanan-kejohanan anjuran PCNK.

Peluang ini boleh digunakan di Kejohanan Catur Tertutup Kelantan yang akan diadakan pada 15 Januari ini sebagai permulaan kalendar kejohanan catur anjuran PCNK tahun ini. Selain itu, banyak lagi acara termasuk kejohanan dan seminar yang akan diadakan. Disertakan di sini kalendar catur PCNK untuk tahun 2016.

Adalah dinasihatkan ahli membayar yuran tahunan seawal mungkin untuk mendapat faedah yang maksimum.

Perancangan PCNK 2016 (Edaran)jpg_Page1

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *