Mohd Ariez Johan Kejohanan Jemputan MSSK



Mohd Ariez membuktikan beliau masih merupakan salah seorang pemain Kelantan yang masih berbisa apabila berjaya menjuarai Kejohanan Jemputan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan (MSSK) pada 28 Julai 2017 di SK Padang Garong 2, Kota Bharu. Kejohanan jemputan ini merupakan salah satu persediaan terakhir pasukan MSSK sebelum bertanding di Kejohanan MSSM di Kuantan pada awal Ogos nanti. Di harap peluang sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemain otai dan anak-anak muda serta paling penting dapat menimba pengalaman berharga sebelum berentap di Kejohanan MSSM kelak. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Keputusan penuh boleh di lihat di SINI.

Mohd Ariez menerima hadiah daripada Naib Presiden, Nik Azrihan

Pusingan terakhir, Nik Nazri melawan Mohd Ariez

Pemain sedang fokus. Seorang lagi otai, Azlin Juarih berentap dengan pemain MSSK.

Catur untuk semua peringkat umur

Suasana pertandingan

Baharuddin Hamzah, Naib Johan

Nik Mohd Nazri sekadar berpuas hati di tangga ketiga selepas tewas kepada Ariez

Adik Nik Muhd Haziq Najmuddin dari pasukan MSSK membuktikan beliau mampu memberi saingan apabila berjaya menduduki tempat ke-10



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *