Fungsi Kalendar catur PCNK ditambah

Untuk mengikuti aktiviti-aktiviti semasa catur di negeri Kelantan mahupun tempatan, PCNK telah menambah kalendar di ruangan khas untuk pelawat-pelawat menyemak aktiviti catur yang telah dirancang seperti pertandingan, bengkel catur, mesyuarat atau apa-apa aktiviti berkaitan catur.

Walaupun kami telah menambah fungsi kalendar ini, kami tidak menjamin setiap aktiviti catur tempatan akan dikemaskini di sini, walaubagaimanapun PCNK akan mencuba sebaik mungkin untuk mengemaskini setiap pertandingan catur yang dirancang.

Pelawat boleh klik butang agenda untuk melihat senarai aktiviti yang telah dimasukkan ke dalam kalendar catur PCNK.

Bagi penganjur-penganjur yang berminat untuk berkongsi maklumat, boleh hubungi kami di [email protected]

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *