Ezmi Mahmood – Harapan peminat catur Kelantan di KL Open



Ezmi a.k.a Herosifu bersama Setiausaha MCF , Gregory Lau

KL Open telah bermula hari ini dan berlangsung di Olimpik Hotel. Seramai 82 peserta dari 17 buah negara mengambil bahagian dan menarik sebanyak 10 Grandmaster dan 9 International Master, peluang yang agak baik untuk pemain-pemain Malaysia mencari IM norm sekiranya semangat di Olimpiad Istanbul baru-baru ini dapat diteruskan.
Harapan peminat Kelantan untuk melihat pemain Kelantan di kejohanan antarabangsa kali ini pastinya tertumpu kepada Herosifu iaitu Ezmi Mahmood yang cukup berani untuk mengambil bahagian. Kami di PCNK mengucapkan selamat berjaya dan pastikan semangat Red Knights mengganas di peringkat antarabangsa.
Hero yang mula bermain catur kembali bermula tahun lepas membuat kebangkitan menarik apabila berjaya menumbangkan beberapa pemain regular di Malaysia seperti Yeoh Li Tian, Nik Ahmad Farouqi, WNM Khairunnisa dan ramai lagi dan mempunyai rating di internet setinggi 2500..
PCNK yakin dengan kemampuan Ezmi kali ini untuk mengalahkan lawannya memandangkan kekuatan fizikal yang dimiliki Ezmi mampu menggerunkan setiap lawannya.. Semoga berjaya!!
Keputusan hari ini :

Player info

Name Mahmood Mohd Ezmi
Starting rank 59
Rating 1791
Rating national 0
Rating international 1791
Ratingperformance 0
FIDE rtg +/- 0.0
Points 1
Rank 62
Federation MAS
Ident-Number 5711746
Rd. Bo. SNo Name Rtg FED Pts. Res.
1 18 18 GM Ziatdinov Raset 2384 USA 1.0 s 0
2 40 82 Zainuddin Azizul Azlan 0 MAS 0.0 w 1


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *